Selasa, 13 April 2010

Homestay Pantai Balok

Ruang tamu
Spesifikasi:
1. Rumah teres 2 tingkat 3 bilik 2 bilik air.
2. Alamat di No 3, Lorong Balok Sejahtera 8, Tmn Balok Sejahtera, Kuantan.
3. Katil queen di bilik pertama & kedua serta katil double di bilik ke 3.
4. Bersebelahan dengan De Rhu Beach Resort, Pelabuhan & Perindustrian Gebeng.
5. Sewaan: RM160 semalaman.
6. Sila hubungi: Hj Suhaimi: 013-9277414

Pengenalan
      Homestay Pantai Balok, Kuantan adalah sebuah homestay beralamat No 3 Lorong Balok Sejahtera 8, Taman Balok Sejahtera, 26100 Kuantan, Pahang Darul Makmur. Ia adalah sebuah rumah teres 2 tingkat, mempunyai 3 bilik 2 bilik air. Ketiga-tiga biliknya berada di tangkat atas. Homestay ini kepunyaan.....SAYALAH!!! Hehehe...
     Menggambarkan keadaan rumah ini anda...di tingkat bawahnya terdapat sofa yang selesa untuk diduduki atau berbaring, set tv dan meja makan cermin 6 kerusi di ruang tamu. Turut disediakan sebuah buaian bayi bagi anda yang mempunyai anak kecil. Manakala di ruang dapur dilengkapi pula dengan sebuah mesin basuh semi auto, menjadikan anda boleh membasuh pakaian sendiri tanpa mengeluarkan kos mendobi....Selain itu, terdapat 'rice cooker', jug kettle dan dapur gas untuk kerja-kerja memasak. Seronok bukan!!! menikmati percutian dengan kos rendah dan yang penting seperti di rumah sendiri.
     Homestay Pantai Balok ini terletak bersebelahan De Rhu Beach Resort, betul-betul di Pusat Rekreasi Air Balok....lebih kurang 10-15 minit perjalanan ke Pantai Telok Chempedak dan Pusat Bandar Kuantan. Pantai-pantai lain yang berdekatan ialah Pantai Beserah dan Pantai Batu Hitam. Kawasan Perindustrian Gebeng dan Pelabuhan Kuantan pula terletak 8km dari homestay ini...Semuanya hanya RM160 semalaman.

Peta ke homestay

Peta ke Homestay Pantai Balok

Anda boleh melihat peta di atas untuk sampai ke homestay kami. Sekiranya anda memilih Highway Pantai Timur untuk ke Kuantan, anda boleh menggunakan exit Gambang dan melalui Kem Tentera Batu 10, seterusnya mengambil jalan ke Airport Kuantan (by pass). Jalan terus sehingga anda petunjuk ke Semambu. Di hujung jalan Semambu anda akan berjumpa trafic light, ambil arah ke kiri. Sekiranya ke kanan, anda akan pergi ke Pusat Bandar Kuantan, manakala di hadapan trafic light adalah ke Teluk Chempedak. Setelah memilih kiri dari trafic light tadi, anda memandu terus sehingga anda melihat sign board De Rhu Beach Resort. Homestay kami bersebelahan pagar De Rhu Beach Resort.

Semoga perjalanan anda lancar!!! 

Pusat Rekreasi Air Pantai Balok

Homestay ini terletak 50m sahaja dari Pusat Rekreasi Air Pantai Balok. Pelanggan hanya berjalan kaki dari rumah.....berjalan kaki dengan anak-anak ke pantai adalah satu situasi yang jarang-jarang diperolehi tetapi apabila dapat peluang berbuat demikian pasti akan meninggalkan kenangan terindah kepada anak-anak.. Tak gitu??..Syok. Nak tengok gambarnya?? Silakan..

Gelagat anak-anak....

Pantai Balok adalah sebuah pantai yang landai, oleh itu anda tidaklah risau untuk membiarkan anak-anak kecil berjalan di gigi air walaupun anda terpaksa menjaga 4 orang anak kecil....hehehe..

 Keseronokan budak-budak bermain air laut

 Masing-masing menunjukkan kreativiti membina istana pasir....

Keriangan yang jelas terpancar!!

Begitulah serba sedikit gambar kenangan budak-budak bermain di Pantai Balok... Mudah kerana berdekatan dengan homestay. Bawalah anak-anak bercuti untuk perkembangan positif minda mereka. Beri idea untuk mereka bila guru menyuruh mereka buat karangan "PENGALAMAN YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN"....

6 ulasan:

  1. Salam, boleh sy tahu ada berap unit? Sy perlukan dlm 3 unit rumah. Saya cadang utk buat family day... Tq

    BalasPadam
  2. saya ada sebuah rumah baru - teres setingkat kos rendah, 90 peratus siap. untuk dijual dgn kadar segera. tmn sg. karang. harga rm70ribu sahaja. (dirunding). berminat hubungi saya: 013 939 9696

    BalasPadam
  3. saya ada tanah sekangkang kera ditepi pantai, berhajat nak bina homestay, sesiapa yg berminat utk j/v boleh hubungi saya. tar 016 935 4183

    BalasPadam
  4. jom melancong ke kuala terengganu....

    BalasPadam
  5. Kalau sewa untuk sebulan boleh? berapa ?

    BalasPadam
  6. Tumpang tanya.
    Boleh sewa 1 bilik saja untuk 2 malam?
    Check-in: 12 Ogos (Jumaat-lewat).
    Check-out: 14 Ogos (Ahad).
    Untuk satu orang (lelaki).

    Terima kasih.
    Cik Loh

    BalasPadam