SEKILAS PANDANG SEUTAS KATA
Assalamualaikum & salam sejahtera semua,
Miemsuia Homes (Homestay Miemsuia) mula beroperasi mulai awal tahun 2010 yang lalu. Pengoperasian pertama pada ketika itu ialah di No 3 Lorong Balok Sejahtera 8, Taman Balok Sejahtera, Kuantan, Pahang. Homestay tersebut memakai nama Homestay Pantai Balok di dalam iklannya telah mendapat sambutan yang luar biasa. Ini disebabkan Homestay Pantai Balok terletak di Pusat Rekreasi Air Balok. Selain itu Taman Balok Sejahtera juga merupakan sebuah taman perumahan yang terletak berhampiran dengan Pelabuhan Kuantan dan Kawasan Perindustrian Gebeng serta Semambu.
Setelah itu, Homestay Miemsuia telah membuka cawangan di Port Dickson di mana sebuah rumah teres setingkat di Lorong Anggerik 4 Taman PD Utama telah dipilih. Sambutan di PD juga terlalu luar biasa. Ini disebabkan PD memang terkenal dengan pantainya. Berkat sokongan anda semua, pihak pengurusan Homestay Miemsuia sentiasa cuba memberikan yang terbaik!!!
Dengan pengalaman yang kami punyai, kini Homestay Miemsuia menawarkan penginapan alternatif kepada anda di Kuantan, Port Dickson & Melaka.
SENARAI HOMESTAY
Berikut adalah senarai homestay kami untuk alternatif kepada anda. Selamat bercuti & menikmati keriangan bersama keluarga tercinta.
Kuantan:
1. Homestay Pantai Balok.
2. Homestay Taman Mahkota Jaya.
Port Dickson:
1. Homestay Taman PD Utama (2 buah).
2. Homestay Taman Politeknik (2 buah).
3. Homestay Taman Intan Perdana.
4. Homestay Taman Dato Abd Samad (Bungalow).
Melaka:
1. Homestay Taman Gamelan, Pengkalan Balak.
SIJIL SSM:
14/4/11 (Khamis): Alhamdulillah!! Bersyukur kepada Allah SWT yang memberi rezeki kepada semua hambaNya. Di bawah adalah sijil perniagaan kami untuk tatapan anda..
Jumaat, 18 Februari 2011
Ahad, 6 Februari 2011
Homestay Taman Mahkota Jaya, Gambang, Kuantan
Ruang tamu dengan dinding berwarna red-chili
Bilik utama dengan attached bathroom
Bilik kedua dengan katil saiz queen
Katil single di bilik ketiga
Spesifikasi:
1. Rumah teres setingkat corner lot 3 bilik 2 bilik air.
2. Ruang tamu mempunyai set sofa & tv. Seterika juga disediakan.
3. Katil saiz queen & almari di bilik pertama & kedua serta katil single di bilik ketiga.
4. Di ruang dapur dilengkapi dengan dapur gas, peralatan memasak, rice cooker, kettle elektrik & meja makan.
5. Berdekatan dengan Kolej Islam Pahang (KIPSAS), Gambang Waterpark, Universiti Malaysia Pahang (UMP)Harga sewaan hanya RM160 sehari.
6. Untuk tempahan sila hubungi: Hj Suhaimi: 014-8222696/013-9277414 atau Tn Faizal: 012-4623646
(Klik gambar untuk melihat video)
Taman tema ini terletak berhampiran dengan homestay kami. Oleh itu, kini menjadi satu trend di mana pengunjung2 yang ingin pergi bersuka ria bermain air dengan anak2 mereka di Bukit Gambang Waterpark mencari homestay berdekatan supaya kos percutian dapat dikurangkan tanpa mengurangkan keseronokan.
Homestay kami tidak terlepas daripada menjadi pilihan pengunjung taman tema tersebut. Perkara yang menguntungkan pelanggan ialah terdapat banyak gerai2 makan serta restoran di kiri kanan jalan daripada homestay ini hingga ke taman tema..... Tentunya menyegarkan kenangan bercuti di Kuantan!!
Label:
Airport Kuantan,
Gambang Waterpark,
homestay,
KIPSAS,
miemsuia,
Taman Mahkota Jaya,
UMP
Jumaat, 28 Januari 2011
Homestay Taman Gamelan, Melaka




Spesifikasi:
1. Rumah teres setingkat 3 bilik 2 bilik air.
2. Alamat di Jalan Sg 13, Tmn Gamilan, Melaka.
3. Katil queen di bilik pertama & kedua serta katil single di bilik ke 3.
4. Berdekatan dengan KUIM, ALAM, Medan Ikan Bakar, Pantai Pengkalan Balak.
5. Sewaan: RM160 semalaman.
6. Alamat: 1584, Jalan Sg 13, Taman Gamelan, Kuala Sg Baru, 78300 Melaka.
Sabtu, 22 Januari 2011
Homestay Taman Dato, Port Dickson




Spesifikasi:
1. Sebuah rumah bungalow 4 bilik 3 bilik air.
2. Ruang tamu: set sofa mewah, meja makan 6 kerusi.
3. Ruang tamu kedua: set tv, meja bulat.
4. Ruang parking boleh muat 4 buah kereta.
5. Selesa untuk 4 keluarga & utk BBQ.
6. Dapur kering & basah.
7. Sewa: RM300 sehari.
8. Hubungi: Hj Suhaimi 014-8222696@013-9277414.
Gambar:
11/4/11 (Isnin): Ramai yang meminta supaya saya memasukkan gambar-gambar tambahan homestay ini. Insyaallah, saya akan memasukkannya sedikit masa lagi. Masa amat terhad untuk mengambil gambar-gambar baru..... Saya memahami kehendak pelanggan yang ingin sangat untuk melihat halaman/luar rumah homestay ini tapi saya kesuntukan masa...saya akan cuba penuhi permintaan tuan-tuan & puan-puan.
Hingga jumpa lagi!! Bye bye!!
Gambar Halaman Bunglow:
14/4/11 (Khamis): Alhamdulillah!!!...Akhirnya saya berkesempatan pada petang semalam untuk mengambil gambar-gambar halaman homestay ini. Ini semua untuk memenuhi kehendak anda sebagai pelanggan setia kami. Kami akan cuba untuk menyediakan RUMAH PENGINAPAN PELANCONGAN yang terbaik buat semua... So, lihatlah serba sedikit hasil petang semalam.
Homestay Taman Politeknik, Port Dickson




Spesifikasi:
1. Ruang Tamu: Sofa, tv+deck astro (kad pelanggan sendiri)
2. Bilik utama & kedua: katil queen, blk ketiga: katil single.
3. Dapur: Meja makan 4 kerusi, dapur, peti air.
4. Bilik air 2 buah.
5. Sewa: RM160 sehari.
6. Untuk tempahan hubungi: Hj Suhaimi -014-8222696@013-9277414
7. Alamat: No 192, Jln Politeknik 5, Jln Pantai Batu 9, Taman Politeknik, 71050 Port Dickson.
Hari Konvokesyen
Politeknik Port Dickson adalah sebuah pusat pengajian yang terletak bersebelahan Taman Politeknik. Politeknik ini akan mengadakan majlis konvokesyen mulai 7hb Mac sehingga 11hb Mac 2011. Sehubungan dengan itu, bermacam-macam program dirancang termasuklah gerai jualan dan lain-lain yang pastinya menggamit ramai pengunjung. Pelajar-pelajar yang masih menuntut dan terlibat dengan persatuan pastinya mengambil kesempatan untuk cuba berniaga. Setidak-tidaknya secara kecil-kecilan seperti menjual minuman, makanan, keropok, goreng pisang dan lain-lain lagi.
Bagi pelajar yang akan menerima sijil tanda berjaya menamatkan pengajian di pusat ini pastinya amat gembira. Mereka pastinya ingin berkongsi kegembiraan bersama rakan-rakan dan keluarga tercinta. Bagi mereka yang berasal dari luar Negeri Sembilan akan mencari penginapan alternatif selain hotel-hotel besar.
Homestay Taman Politeknik ini terletak bersebelahan dengan Politeknik sahaja. Bahkan pelanggan kami boleh berjalan kaki sahaja untuk mengelakkan masalah tempat letak kereta semasa majlis konvo. Homestay ini hanya 100meter daripada pagar Politeknik PD!!! So, jangan lepaskan peluang.....sama ada anda ingin membawa keluarga atau anda ingin berniaga semasa majlis konvokesyen!!
Bye, jumpa lagi...
Label:
Pantai PD,
pesta air,
Port Dickson,
pusat rekreasi,
taman poli,
tempahan,
travel
Homestay Tmn PD Utama, Port Dickson





Spesifikasi:
1. Ruang tamu: sofa, tv+deck astro (kad pelanggan sendiri)
2. Ada 3 bilik 2 bilik air. Bilik utama: katil queen+aircond, bilik kedua: double deckers & bilik ketiga: katil single.
3. Ruang makan: meja makan 6 kerusi.
4. Dapur: dapur gas, peti air, rice cooker, peralatan memasak.
5. Sewa: RM160 sehari.
6. Untuk tempahan sila hubungi: Hj Suhaimi-0148222696 @ Pn Norhati-0133507955
Tempat-tempat menarik sekitar homestay:
Kepada sesiapa yang tidak mempunyai rancangan tertentu bila ke Port Dickson, kami ingin berkongsi tempat-tempat menarik yang terdapat di Port Dickson dengan anda. Di bawah adalah di antara tempat-tempat menarik untuk dikunjungi oleh anda apabila bercuti di sini.
1. Muzium Tentera Darat.
2. PUSASDA iaitu singkatan kepada Pusat Latihan Asas Tentera Darat. Anda berkesempatan untuk menyaksikan perbarisan tamat latihan Perajurit Muda jika kena dengan tarikhnya.
3. Pasar Malam Batu 4. Ia diadakan setiap hari Sabtu malam Ahad di batu 4 PD. Tarikannya sangat kuat sehingga ada pengunjung yang datang dari Nilai, Bangi dan KL semata-mata untuk ke Pasar Malam ini.
4. Pantai Saujana. Ia juga di Batu 4, berhampiran dengan Petronas.
5. Gerai jualan sepanjang tahun. Gerai yang menjual pelbagai barangan yang berwarna-warni.
PERTUNJUKAN TATU ATM
8/12/2011: Assalamualaikum & selamat kembali bercuti!! Tentu masing-masing sibuk merancang untuk jalan-jalan sepanjang cuti sekolah ini... Yang berada di Pantai Timur merancang ke Pantai Barat, yang di Utara pula merancang ke selatan. Maklumlah, masing-masing mengambil peluang cuti sekolah ini untuk mengisi waktu bersama anak-anak.
Untuk pengetahuan anda, satu pertunjukan tatu ATM akan dilangsungkan pada 16@17hb Dis 2011 bertempat di Padang Kawad PUSASDA, Port Dickson. Pertunjukan oleh kumpulan bermotor ATM ini adalah satu daya tarikan untuk semua orang. Sekiranya anda belum pernah menyaksikan pertunjukan ini, maka inilah peluangnya anda menyaksikan sendiri di hadapan mata kepala. Buat tatapan anda, di bawah ini dimuat naikkan beberapa keping pertunjukan tatu...
Begitulah serba sedikit berkenaan pertunjukan tatu yang anda berkesempatan menontonnya apabila anda datang ke P.Dickson. Jarak homestay kami HANYALAH 5 minit dari PUSASDA, tempat tatu ATM itu diadakan..... Oleh itu, jangan lepas peluang untuk menempah homestay kami!!
Perkembangan Terbaru!!

Alhamdulillah,
Syukur pada Allah SWT kerana memberi kelapangan & rezekiNya. Kini Homestay Pantai Balok telah mempunyai cawangan di Port Dickson, Negeri Sembilan. Ia termasuk sebuah rumah teres setingkat di Taman PD Utama yang berhampiran dengan Hotel Corus Paradise & Mayang Sari, kira-kira 700m sahaja dari pantai. Selain itu kami juga mempunyai 2 buah rumah di Taman Politeknik. So, bagi sesiapa yang mempunyai anak atau saudara mara yang belajar di Politeknik Port Dickson jangan lepas peluang untuk menalipon kami untuk membuat TEMPAHAN!!
Bagi mereka yang berkeluarga besar, kami menawarkan sebuah bungalow di Taman Dato dengan 4 bilik 3 bilik air. Selesa untuk 4 buah keluarga, ruang parking boleh memuatkan 4 buah kereta.
Nanti cerita lagi...bye.
Kami boleh dihubungi dengan no lama 013-9277414 atau no ini-014-8222696.
Langgan:
Catatan (Atom)
















