Selasa, 8 Jun 2010

CUTI PERSEKOLAHAN

Alhamdulillah....dapat lagi kita bertemu untuk perkongsian cerita seterusnya. Saya berada di kampung sekarang kerana masih bercuti. Beginilah kebiasaannya bagi rakyat Malaysia apabila tiba musim cuti persekolahan.

Bagi mereka yang tidak balik ke kampung halaman, sudah tentu mereka mempunyai perancangan tersendiri. Di kesempatan ini kami ingin mengucapkan SELAMAT BERCUTI dan TERIMA KASIH banyak-banyak kepada mereka yang memilih Homestay Pantai Balok sebagai destinasi percutian!!!! Kami berusaha menepati impian anda dengan menyediakan penginapan alternatif untuk anda.

Kepada adik-adik...... kami nasihatkan agar membawa buku ke mana-mana sahaja walaupun sedang bercuti!! Buku jangan dilupa. Lebih-lebih lagi kepada adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan besar pada tahun 2010 nie....

SEMOGA GEMBIRA SENTIASA!

Jumaat, 7 Mei 2010

Untuk Dihubungi Bagi Tempahan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Bulan Jun makin hampir. Di bulan inilah sekolah akan bercuti selama 2 minggu.
Bagi ibu bapa pula, sudah tentunya membuat perancangan untuk membawa anak-anak bercuti. Membawa anak-anak bercuti akan merapatkan hubungan kekeluargaan. Fikiran anak-anak juga akan lebih matang kerana kata orang "Jauh Perjalanan Luas Pandangan". Bagi anda yang merancang bercuti di Kuantan khasnya di Homestay Pantai Balok, tempahan boleh dibuat mulai sekarang melalui:

Hj Suhaimi - 0139277414 @ Pn Norhati - 0133507955
Email: miemsuia@gmail.com

Kami sentiasa berusaha memberi perkhidmatan terbaik untuk para pengunjung. Bagi merapatkan hubungan kekeluargaan anda, kami menyediakan karom untuk anda bermain bersama anak-anak. Kini kami sedang mencari bahan bacaan ringan dan santai untuk anda nikmati saat-saat indah percutian di homestay kami. Bagi mereka yang ingin mencari bahan bacaan sebagai bacaan santai semasa percutian, lawati STORMREADERS

Okeylah, jumpa anda lagi di lain masa. Bye!!

Sabtu, 1 Mei 2010

Aktiviti Untuk Anda Di Port Dickson

Sekiranya anda belum pernah menikmati saat-saat indah di Port Dickson, Negeri Sembilan, kami mempunyai cadangan untuk anda. Anda boleh menikmati saat-saat percutian yang indah dengan bermain sukan air di Pusat Rekreasi Teluk Kemang atau Pantai Bagan Pinang. Sama ada anda ingin merakamkan kenangan indah tersebut bersama keluarga, rakan atau teman sepejabat, segalanya pasti hebat!!



Ini adalah cadangan kami untuk anda. Aturcara percutian anda:
Hari Pertama (Jumaat)

12.00 tgh - Pendaftaran masuk homestay kami di Taman PD Utama.
4.00 ptg - Minum petang/Solat Asar.
5.00 ptg - Mandi pantai.
7.00 mlm - Solat Maghrib.
8.00 mlm - Menikmati ikan bakar di Restoran De Embok, Bagan Pinang.(5 mnt dari homestay kami)
11.00 mlm - Bersiar-siar di tepi Water Front PD.

Hari Kedua (Sabtu)

6.00 pg - Solat Subuh.
6.45 pg - Joging di Taman berdekatan Klinik Kesihatan Bandar Port Dickson.(10 mnt dr homestay kami).
8.00 pg - Sarapan.
10.00 pg - Shopping di Pusat Bandar Port Dickson.
1.00 tgh - Solat Zohor di Masjid Daerah Port Dickson terletak di atas bukit menghadap kebiruan laut.
3.00 ptg - Berehat di homestay kami.
5.00 ptg - Solat Asar/Minum Petang dan bermain layang-layang di Pantai Teluk Kemang atau Pantai Bagan Pinang.
7.00 mlm - Berjalan di Pasar Malam Batu 4, bersebelahan Stesen Minyak Petronas.
10.00 mlm - Kembali ke homestay dan menonton tv.

Hari Ketiga (Ahad)

6.00 pg - Solat Subuh
7.30 pg - Sarapan pagi.
8.30 pg - Mandi Pantai.
10.00 pg - Menonton/ Bersiap untuk balik.
12.00 tgh - Daftar keluar.



** Cadangan kami untuk pilihan anda sekeluarga......Selamat menikmati percutian dengan kenangan terindah!!!!.. Kemasukan hari Jumaat hingga Ahad ke Homestay Miemsuia dengan pelbagai pengalaman menarik yang keluarga anda bakal rasai hanyalah RM320.00. Whatsapp: 013-9277414

Ahad, 18 April 2010

Peti Ais Untuk Pelanggan




Salam semua...
Semalam saya balik ke Homestay Pantai Balok dengan satu tujuan....HANTAR PETI AIS. Sebelum nie memang belum ada peti ais di homestay tu. Setelah survey dan permintaan daripada pelanggan-pelanggan yang terdahulu, maka saya pun pergilah menghantarnya ke sana... Inilah wajah peti ais yang dihantar.

Perjalanan saya ke sana bermula pada jam 9 pg semalam (17 Apr 2010) menggunakan kereta Kembara. Kerusi belakang direbahkan untuk memuatkan peti ais tersebut dan bergeraklah saya seorang diri melalui Seremban-Kuala Pilah-Triang-Temerloh-Kuantan. Oleh sebab takut kepenatan, saya pun singgah di Temerloh mengajak adik ke sana.

Sampai ke Homestay Pantai Balok hari dah pukul 3.00 petang. Selepas berehat, mandi dan solat, kami pergi menemui seorang rakan yang juga mempunyai homestay di situ....Fendi namanya!! Minum petang bersama Fendi sambil bercerita pengalaman dan pandangan masing-masing memang sesuatu yang menyeronokkan!! Jumpa lagi Fendi....

Di sebelah malamnya pula kami berdua menikmati makanan di Restoran Sri Jembal yang terletak hanya 200m dari rumah. Restoran ini hanyalah salah sebuah di antara puluhan restoran yang ada di kiri kanan jalan di Pantai Balok... So, kepada pengunjung janganlah bimbang tentang makanan walaupun anda tidak bercadang untuk memasak di homestay!!

Kami bertolak balik dari Kuantan seawal jam 7.15 pagi, singgah di Restoran Zaman di batu 9 Jalan Gambang....dekat Kem TUDM. Singgah di Temerloh menurunkan adik dan saya meneruskan perjalanan balik ke PD berseorangan.. Alhamdulillah, selamat sampai di PD pada jam 12.45 tgh. Begitulah komitmen untuk kepuasan pelanggan dengan menyediakan penginapan alternatif untuk semua...HOMESTAY PANTAI BALOK.

SUHAIMI - 0139277414 @ email: miemsuia06@yahoo.com.my
www.miemsuia.com

Ahad, 11 April 2010

Fungsi-fungsi homestay


Dalam catatan terdahulu saya telah mengatakan bahawa tujuan homestay diperkenalkan adalah untuk 2 tujuan iaitu:-


  1. Sebagai satu daya tarikan pelancong.

  2. Sebagai pertukaran nilai budaya.

Namun kini homestay mempunyai fungsi yang lebih daripada itu. Homestay kini semakin menjadi pilihan masyarakat Malaysia sebagai penginapan alternatif selepas hotel dan resort. Homestay berfungsi sebagai tempat perhimpunan keluarga besar sambil menikmati percutian indah!! Bagi mereka memilih homestay jauh lebih 'privacy' jika dibandingkan dengan menginap di hotel. Di hotel mereka dipisahkan di antara bilik-bilik dan terpaksa berkongsi 'privacy' mereka dengan orang lain. Manakala di homestay 'privacy' keluarga mereka tidak diganggu langsung kerana hanya mereka sekeluarga yang menginap di situ.

Homestay juga berfungsi sebagai penginapan sementara untuk pekerja yang mempunyai tugas luar. Sebagai contoh, sekumpulan pekerja kimpalan dari Kuala Lumpur mempunyai tugas kimpalan di Kawasan Petroleum, Port Dickson selama seminggu. Bagi mereka, kos untuk duduk menginap di hotel selama seminggu adalah terlalu membebankan. Lebih-lebih lagi dengan peralatan kimpalan dan pakaian yg comot langsung tidak selesa untuk memilih hotel sebagai penginapan sementara. Oleh itu, Homestay di Pantai Port Dickson yang berhampiran dengan PUSASDA adalah pilihan alternatif terbaik.

Selain itu, homestay berfungsi sebagai tempat persinggahan dan persiapan pengantin. Maksudnya begini, pengantin lelaki dari negeri Kedah ingin ke rumah pengantin di Port Dickson. Sudah tentu mereka memerlukan homestay sebagai persinggahan sementara sebelum ke rumah pengantin perempuan. Mereka memerlukan tempat untuk bersiap dan bersolek. Mereka perlukan sebuah tempat untuk melepaskan penat setelah berjalan jauh. Nah!! sekali lagi homestay adalah pilihan terbaik untuk mereka.

Itulah di antara fungsi-fungsi homestay. See you at Homestay Miemsuia penginapan alternatif untuk anda!! Hubungi 013-9277414 dengan harga RM160 semalaman.

Sabtu, 10 April 2010

Salam perkenalan semua!!!



Assalamua'laikum dan salam sejahtera semua....


Semoga anda semua sihat sentiasa sambil melaksanakan tugasan harian. Tugas-tugas harian tak mungkin dapat kita laksanakan tanpa kesihatan tubuh badan. Tubuh badan pula memerlukan rehat yang secukupnya. Di antara cara merehatkan tubuh badan adalah dengan menikmati suasana tenang dan keindahan ciptaan Ilahi.




Di dalam blog ini saya akan berkongsi serba sedikit cerita tentang homestay, satu penginapan alternatif untuk kita semua!! Homestay diperkenalkan dengan dua objektif iaitu:


  1. Sebagai satu daya tarikan pelancongan.

  2. Sebagai satu cara pertukaran nilai budaya.

Setelah ia diperkenalkan dan melalui beberapa waktu, homestay kini semakin mendapat tempat di hati mereka yang menghargai percutian......yealah, dengan percutian tersebut mereka dapat menikmati suasana tenang dan keindahan ciptaan Ilahi yang dapat menyegarkan kembali tubuh badan setelah penat bekerja.

Apa-apa pun, SALAM PERKENALAN SEMUA!!

HOMESTAY TEMERLOH PAHANG

Chalet Gandah Forest Park

Chalet Gandah Forest Park Chalet Gandah Forest Park 
“Adventure Experience”
 
 1. Sewa Chalet: RM100 sebuah untuk 1 malam.
 2. P...