Selasa, 8 Jun 2010

CUTI PERSEKOLAHAN

Alhamdulillah....dapat lagi kita bertemu untuk perkongsian cerita seterusnya. Saya berada di kampung sekarang kerana masih bercuti. Beginilah kebiasaannya bagi rakyat Malaysia apabila tiba musim cuti persekolahan.

Bagi mereka yang tidak balik ke kampung halaman, sudah tentu mereka mempunyai perancangan tersendiri. Di kesempatan ini kami ingin mengucapkan SELAMAT BERCUTI dan TERIMA KASIH banyak-banyak kepada mereka yang memilih Homestay Pantai Balok sebagai destinasi percutian!!!! Kami berusaha menepati impian anda dengan menyediakan penginapan alternatif untuk anda.

Kepada adik-adik...... kami nasihatkan agar membawa buku ke mana-mana sahaja walaupun sedang bercuti!! Buku jangan dilupa. Lebih-lebih lagi kepada adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan besar pada tahun 2010 nie....

SEMOGA GEMBIRA SENTIASA!

Jumaat, 7 Mei 2010

Untuk Dihubungi Bagi Tempahan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Bulan Jun makin hampir. Di bulan inilah sekolah akan bercuti selama 2 minggu.
Bagi ibu bapa pula, sudah tentunya membuat perancangan untuk membawa anak-anak bercuti. Membawa anak-anak bercuti akan merapatkan hubungan kekeluargaan. Fikiran anak-anak juga akan lebih matang kerana kata orang "Jauh Perjalanan Luas Pandangan". Bagi anda yang merancang bercuti di Kuantan khasnya di Homestay Pantai Balok, tempahan boleh dibuat mulai sekarang melalui:

Hj Suhaimi - 0139277414 @ Pn Norhati - 0133507955
Email: miemsuia@gmail.com

Kami sentiasa berusaha memberi perkhidmatan terbaik untuk para pengunjung. Bagi merapatkan hubungan kekeluargaan anda, kami menyediakan karom untuk anda bermain bersama anak-anak. Kini kami sedang mencari bahan bacaan ringan dan santai untuk anda nikmati saat-saat indah percutian di homestay kami. Bagi mereka yang ingin mencari bahan bacaan sebagai bacaan santai semasa percutian, lawati STORMREADERS

Okeylah, jumpa anda lagi di lain masa. Bye!!

Sabtu, 1 Mei 2010

Aktiviti Untuk Anda

Sekiranya anda belum pernah menikmati saat-saat indah di Balok, Kuantan, kami mempunyai cadangan untuk anda. Anda boleh menikmati saat-saat percutian yang indah dengan bermain sukan air di Pusat Rekreasi Air, Pantai Balok. Sama ada anda ingin merakamkan kenangan indah tersebut bersama keluarga, rakan atau teman sepejabat, segalanya pasti hebat!!
Ini adalah cadangan kami untuk anda. Aturcara percutian anda:
Hari Pertama (Jumaat)

12.00 tgh - Pendaftaran masuk.
4.00 ptg - Minum petang/Solat Asar.
5.00 ptg - Mandi pantai.
7.00 mlm - Solat Maghrib.
8.00 mlm - Menikmati ikan bakar di Tanjung Lumpur.(30 mnt dari homestay kami)
11.00 mlm - Bersiar-siar di tepi Sungai Kuantan.

Hari Kedua (Sabtu)

6.00 pg - Solat Subuh.
6.45 pg - Joging di Taman Gelora.(20 mnt dr homestay kami).
8.00 pg - Sarapan.
10.00 pg - Shopping di Pusat Bandar Kuantan (Parkson, Giant, The Mall, Mydin).
1.00 tgh - Solat Zohor di Masjid Negeri/Makan tgh.
3.00 ptg - Berehat di Homestay Pantai Balok.
5.00 ptg - Solat Asar/Minum Petang dan bermain layang-layang di Pantai Balok.
7.00 mlm - Berjalan di Pasar Malam Balok.
10.00 mlm - Kembali ke homestay dan menonton tv.

Hari Ketiga (Ahad)

6.00 pg - Solat Subuh
7.30 pg - Sarapan pagi.
8.30 pg - Mandi Pantai.
10.00 pg - Menonton/ Bersiap untuk balik.
12.00 tgh - Daftar keluar.

** Cadangan kami untuk pilihan anda sekeluarga......Selamat menikmati percutian dengan kenangan terindah!!!!..

Ahad, 18 April 2010

Peti Ais Untuk Pelanggan




Salam semua...
Semalam saya balik ke Homestay Pantai Balok dengan satu tujuan....HANTAR PETI AIS. Sebelum nie memang belum ada peti ais di homestay tu. Setelah survey dan permintaan daripada pelanggan-pelanggan yang terdahulu, maka saya pun pergilah menghantarnya ke sana... Inilah wajah peti ais yang dihantar.

Perjalanan saya ke sana bermula pada jam 9 pg semalam (17 Apr 2010) menggunakan kereta Kembara. Kerusi belakang direbahkan untuk memuatkan peti ais tersebut dan bergeraklah saya seorang diri melalui Seremban-Kuala Pilah-Triang-Temerloh-Kuantan. Oleh sebab takut kepenatan, saya pun singgah di Temerloh mengajak adik ke sana.

Sampai ke Homestay Pantai Balok hari dah pukul 3.00 petang. Selepas berehat, mandi dan solat, kami pergi menemui seorang rakan yang juga mempunyai homestay di situ....Fendi namanya!! Minum petang bersama Fendi sambil bercerita pengalaman dan pandangan masing-masing memang sesuatu yang menyeronokkan!! Jumpa lagi Fendi....

Di sebelah malamnya pula kami berdua menikmati makanan di Restoran Sri Jembal yang terletak hanya 200m dari rumah. Restoran ini hanyalah salah sebuah di antara puluhan restoran yang ada di kiri kanan jalan di Pantai Balok... So, kepada pengunjung janganlah bimbang tentang makanan walaupun anda tidak bercadang untuk memasak di homestay!!

Kami bertolak balik dari Kuantan seawal jam 7.15 pagi, singgah di Restoran Zaman di batu 9 Jalan Gambang....dekat Kem TUDM. Singgah di Temerloh menurunkan adik dan saya meneruskan perjalanan balik ke PD berseorangan.. Alhamdulillah, selamat sampai di PD pada jam 12.45 tgh. Begitulah komitmen untuk kepuasan pelanggan dengan menyediakan penginapan alternatif untuk semua...HOMESTAY PANTAI BALOK.

SUHAIMI - 0139277414 @ email: miemsuia06@yahoo.com.my
www.miemsuia.com

Selasa, 13 April 2010

Homestay Pantai Balok

Ruang tamu
Spesifikasi:
1. Rumah teres 2 tingkat 3 bilik 2 bilik air.
2. Alamat di No 3, Lorong Balok Sejahtera 8, Tmn Balok Sejahtera, Kuantan.
3. Katil queen di bilik pertama & kedua serta katil double di bilik ke 3.
4. Bersebelahan dengan De Rhu Beach Resort, Pelabuhan & Perindustrian Gebeng.
5. Sewaan: RM160 semalaman.
6. Sila hubungi: Hj Suhaimi: 013-9277414

Pengenalan
      Homestay Pantai Balok, Kuantan adalah sebuah homestay beralamat No 3 Lorong Balok Sejahtera 8, Taman Balok Sejahtera, 26100 Kuantan, Pahang Darul Makmur. Ia adalah sebuah rumah teres 2 tingkat, mempunyai 3 bilik 2 bilik air. Ketiga-tiga biliknya berada di tangkat atas. Homestay ini kepunyaan.....SAYALAH!!! Hehehe...
     Menggambarkan keadaan rumah ini anda...di tingkat bawahnya terdapat sofa yang selesa untuk diduduki atau berbaring, set tv dan meja makan cermin 6 kerusi di ruang tamu. Turut disediakan sebuah buaian bayi bagi anda yang mempunyai anak kecil. Manakala di ruang dapur dilengkapi pula dengan sebuah mesin basuh semi auto, menjadikan anda boleh membasuh pakaian sendiri tanpa mengeluarkan kos mendobi....Selain itu, terdapat 'rice cooker', jug kettle dan dapur gas untuk kerja-kerja memasak. Seronok bukan!!! menikmati percutian dengan kos rendah dan yang penting seperti di rumah sendiri.
     Homestay Pantai Balok ini terletak bersebelahan De Rhu Beach Resort, betul-betul di Pusat Rekreasi Air Balok....lebih kurang 10-15 minit perjalanan ke Pantai Telok Chempedak dan Pusat Bandar Kuantan. Pantai-pantai lain yang berdekatan ialah Pantai Beserah dan Pantai Batu Hitam. Kawasan Perindustrian Gebeng dan Pelabuhan Kuantan pula terletak 8km dari homestay ini...Semuanya hanya RM160 semalaman.

Peta ke homestay

Peta ke Homestay Pantai Balok

Anda boleh melihat peta di atas untuk sampai ke homestay kami. Sekiranya anda memilih Highway Pantai Timur untuk ke Kuantan, anda boleh menggunakan exit Gambang dan melalui Kem Tentera Batu 10, seterusnya mengambil jalan ke Airport Kuantan (by pass). Jalan terus sehingga anda petunjuk ke Semambu. Di hujung jalan Semambu anda akan berjumpa trafic light, ambil arah ke kiri. Sekiranya ke kanan, anda akan pergi ke Pusat Bandar Kuantan, manakala di hadapan trafic light adalah ke Teluk Chempedak. Setelah memilih kiri dari trafic light tadi, anda memandu terus sehingga anda melihat sign board De Rhu Beach Resort. Homestay kami bersebelahan pagar De Rhu Beach Resort.

Semoga perjalanan anda lancar!!! 

Pusat Rekreasi Air Pantai Balok

Homestay ini terletak 50m sahaja dari Pusat Rekreasi Air Pantai Balok. Pelanggan hanya berjalan kaki dari rumah.....berjalan kaki dengan anak-anak ke pantai adalah satu situasi yang jarang-jarang diperolehi tetapi apabila dapat peluang berbuat demikian pasti akan meninggalkan kenangan terindah kepada anak-anak.. Tak gitu??..Syok. Nak tengok gambarnya?? Silakan..

Gelagat anak-anak....

Pantai Balok adalah sebuah pantai yang landai, oleh itu anda tidaklah risau untuk membiarkan anak-anak kecil berjalan di gigi air walaupun anda terpaksa menjaga 4 orang anak kecil....hehehe..

 Keseronokan budak-budak bermain air laut

 Masing-masing menunjukkan kreativiti membina istana pasir....

Keriangan yang jelas terpancar!!

Begitulah serba sedikit gambar kenangan budak-budak bermain di Pantai Balok... Mudah kerana berdekatan dengan homestay. Bawalah anak-anak bercuti untuk perkembangan positif minda mereka. Beri idea untuk mereka bila guru menyuruh mereka buat karangan "PENGALAMAN YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN"....

Ahad, 11 April 2010

Fungsi-fungsi homestay


Dalam catatan terdahulu saya telah mengatakan bahawa tujuan homestay diperkenalkan adalah untuk 2 tujuan iaitu:-


  1. Sebagai satu daya tarikan pelancong.

  2. Sebagai pertukaran nilai budaya.

Namun kini homestay mempunyai fungsi yang lebih daripada itu. Homestay kini semakin menjadi pilihan masyarakat Malaysia sebagai penginapan alternatif selepas hotel dan resort. Homestay berfungsi sebagai tempat perhimpunan keluarga besar sambil menikmati percutian indah!! Bagi mereka memilih homestay jauh lebih 'privacy' jika dibandingkan dengan menginap di hotel. Di hotel mereka dipisahkan di antara bilik-bilik dan terpaksa berkongsi 'privacy' mereka dengan orang lain. Manakala di homestay 'privacy' keluarga mereka tidak diganggu langsung kerana hanya mereka sekeluarga yang menginap di situ.


Homestay juga berfungsi sebagai penginapan sementara untuk pekerja yang mempunyai tugas luar. Sebagai contoh, sekumpulan pekerja kimpalan dari Kuala Lumpur mempunyai tugas kimpalan di Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan selama seminggu. Bagi mereka, kos untuk duduk menginap di hotel selama seminggu adalah terlalu membebankan. Lebih-lebih lagi dengan peralatan kimpalan dan pakaian yg comot langsung tidak selesa untuk memilih hotel sebagai penginapan sementara. Oleh itu, Homestay di Pantai Balok yang berhampiran dengan Gebeng adalah pilihan alternatif terbaik.


Selain itu, homestay berfungsi sebagai tempat persinggahan dan persiapan pengantin. Maksudnya begini, pengantin lelaki dari negeri Kedah ingin ke rumah pengantin di Balok, Kuantan. Sudah tentu mereka memerlukan homestay sebagai persinggahan sementara sebelum ke rumah pengantin perempuan. Mereka memerlukan tempat untuk bersiap dan bersolek. Mereka perlukan sebuah tempat untuk melepaskan penat setelah berjalan jauh. Nah!! sekali lagi homestay adalah pilihan terbaik untuk mereka.


Itulah di antara fungsi-fungsi homestay. See you at http://www.miemsuia.com/ penginapan alternatif untuk anda!!

Sabtu, 10 April 2010

Salam perkenalan semua!!!



Assalamua'laikum dan salam sejahtera semua....


Semoga anda semua sihat sentiasa sambil melaksanakan tugasan harian. Tugas-tugas harian tak mungkin dapat kita laksanakan tanpa kesihatan tubuh badan. Tubuh badan pula memerlukan rehat yang secukupnya. Di antara cara merehatkan tubuh badan adalah dengan menikmati suasana tenang dan keindahan ciptaan Ilahi.




Di dalam blog ini saya akan berkongsi serba sedikit cerita tentang homestay, satu penginapan alternatif untuk kita semua!! Homestay diperkenalkan dengan dua objektif iaitu:


  1. Sebagai satu daya tarikan pelancongan.

  2. Sebagai satu cara pertukaran nilai budaya.

Setelah ia diperkenalkan dan melalui beberapa waktu, homestay kini semakin mendapat tempat di hati mereka yang menghargai percutian......yealah, dengan percutian tersebut mereka dapat menikmati suasana tenang dan keindahan ciptaan Ilahi yang dapat menyegarkan kembali tubuh badan setelah penat bekerja.


Apa-apa pun, SALAM PERKENALAN SEMUA!!