Ahad, 11 April 2010

Fungsi-fungsi homestay


Dalam catatan terdahulu saya telah mengatakan bahawa tujuan homestay diperkenalkan adalah untuk 2 tujuan iaitu:-


  1. Sebagai satu daya tarikan pelancong.

  2. Sebagai pertukaran nilai budaya.

Namun kini homestay mempunyai fungsi yang lebih daripada itu. Homestay kini semakin menjadi pilihan masyarakat Malaysia sebagai penginapan alternatif selepas hotel dan resort. Homestay berfungsi sebagai tempat perhimpunan keluarga besar sambil menikmati percutian indah!! Bagi mereka memilih homestay jauh lebih 'privacy' jika dibandingkan dengan menginap di hotel. Di hotel mereka dipisahkan di antara bilik-bilik dan terpaksa berkongsi 'privacy' mereka dengan orang lain. Manakala di homestay 'privacy' keluarga mereka tidak diganggu langsung kerana hanya mereka sekeluarga yang menginap di situ.


Homestay juga berfungsi sebagai penginapan sementara untuk pekerja yang mempunyai tugas luar. Sebagai contoh, sekumpulan pekerja kimpalan dari Kuala Lumpur mempunyai tugas kimpalan di Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan selama seminggu. Bagi mereka, kos untuk duduk menginap di hotel selama seminggu adalah terlalu membebankan. Lebih-lebih lagi dengan peralatan kimpalan dan pakaian yg comot langsung tidak selesa untuk memilih hotel sebagai penginapan sementara. Oleh itu, Homestay di Pantai Balok yang berhampiran dengan Gebeng adalah pilihan alternatif terbaik.


Selain itu, homestay berfungsi sebagai tempat persinggahan dan persiapan pengantin. Maksudnya begini, pengantin lelaki dari negeri Kedah ingin ke rumah pengantin di Balok, Kuantan. Sudah tentu mereka memerlukan homestay sebagai persinggahan sementara sebelum ke rumah pengantin perempuan. Mereka memerlukan tempat untuk bersiap dan bersolek. Mereka perlukan sebuah tempat untuk melepaskan penat setelah berjalan jauh. Nah!! sekali lagi homestay adalah pilihan terbaik untuk mereka.


Itulah di antara fungsi-fungsi homestay. See you at http://www.miemsuia.com/ penginapan alternatif untuk anda!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan