Selasa, 13 Disember 2016

Chalet Gandah Forest Park


Chalet Gandah Forest Park

Chalet Gandah Forest Park 
“Adventure Experience”
 

1. Sewa Chalet: RM100 sebuah untuk 1 malam.

2. Program berkumpulan: Pakej 2 hari 1 malam harga dari RM120 hingga RM190 seorang. Sesuai untuk kanak-kanak sekolah.

3. Harga pakej mengikut pilihan termasuk:

a) Chalet
b) 5 kali makan.

c) Memanah/ menyumpit.

d) Menaiki motor ATV (Adventure).

e) Mengail ikan kolam.

f) Melawat perkampungan orang asli dan melihat acara bersewang.

g) Melawat kebun peninggalan pahlawan Pahang.

h) Memandikan gajah.

i) Berbasikal.

4. Pengunjung boleh melaksanakan BBQ.

5. Kemudahan dewan & surau terbuka.

6. Pengunjung juga boleh berkaraoke.

7. Kabin untuk yang berkumpulan.

8. Tapak perkhemahan & khemah untuk disewa dengan harga (RM35-RM45).

9. Sesuai untuk sekolah, family gathering, program kem ibadah, motivasi, rekreasi keluarga.

10. Hubungi Hj Suhaimi: +6013-9277414

Chalet papan memberi suasana rimba yang menyegarkan. 
Chalet yang terletak bersebelahan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (Elepant Santuary, Kuala Gandah) memberi peluang kepada semua melihat dan bermesra dengan gajah-gajah. Pengalaman memberi makan gajah-gajah amat menyeronokkan dan akan kekal menjadi kenangan terindah terutama bagi kanak-kanak. 😊😀

Bagi anda yang meminati aktiviti lasak, anda bolehlah menyewa ATV dengan kadar harga yang berpatutan. Sewaan ini dikecualikan sekiranya anda memilih pakej berkumpulan!! Anak-anak akan dibentuk dengan keyakinan apabila mereka melakukan aktiviti ini. Satu yang amat penting bagi mereka: KEYAKINAN!!

Melakukan aktiviti sunnah iaitu memanah mengajar kita fokus dengan apa yang kita lakukan. Fokus dengan matlamat.....oleh itu jangan lepaskan peluang untuk memanah di chalet kami...

Merasai bagaimana sukarnya mendapatkan binatang buruan dengan menggunakan sumpit. Sukar tetapi cukup menghiburkan. Berkongsi cerita-cerita lucu ketika memanah bersama kawan-kawan membuat anda tidak akan melupakan pengalaman beraktiviti di tempat kami.

Pengalaman lebih menyeronokkan apabila anda melupakan  rumah dan chalet yang kukuh untuk bermalam di dalam khemah. Khemah dengan sewaan yang murah, suasana nyaman malam memang bermakna....

Langkah pertama ke arah pengalaman terindah ini adalah membuat tempahan!!
Hubungi Hj Suhaimi: +60139277414



Jumaat, 18 Februari 2011

Pengenalan kepada Miemsuia Homes

SEKILAS PANDANG SEUTAS KATA

Assalamualaikum & salam sejahtera semua.

      Miemsuia Homes (Homestay Miemsuia) mula beroperasi mulai awal tahun 2010 yang lalu. Pengoperasian pertama pada ketika itu ialah di No 3 Lorong Balok Sejahtera 8, Taman Balok Sejahtera, Kuantan, Pahang. Homestay tersebut memakai nama Homestay Pantai Balok di dalam iklannya telah mendapat sambutan yang luar biasa. Ini disebabkan Homestay Pantai Balok terletak di Pusat Rekreasi Air Balok. Selain itu Taman Balok Sejahtera juga merupakan sebuah taman perumahan yang terletak berhampiran dengan Pelabuhan Kuantan dan Kawasan Perindustrian Gebeng serta Semambu.

     Setelah itu, Homestay Miemsuia telah membuka cawangan di Port Dickson di mana sebuah rumah teres setingkat di Lorong Anggerik 4 Taman PD Utama telah dipilih. Sambutan di PD juga terlalu luar biasa. Ini disebabkan PD memang terkenal dengan pantainya. Berkat sokongan anda semua, pihak pengurusan Homestay Miemsuia sentiasa cuba memberikan yang terbaik!!!

    Dengan pengalaman yang kami miliki, kini Homestay Miemsuia menawarkan penginapan alternatif kepada anda di Kuala Gandah, Temerloh & Port Dickson.

SENARAI HOMESTAY

 Berikut adalah senarai homestay kami untuk alternatif kepada anda. Selamat bercuti & menikmati keriangan bersama keluarga tercinta.

1. Homestay Temerloh, Pahang  (RM200 semalam).

2. Homestay Taman PD Utama, Port Dickson (RM160 semalam).

3. Chalet Kuala Gandah (RM100 semalam)


SIJIL SSM:

14/4/11 (Khamis): Alhamdulillah!! Bersyukur kepada Allah SWT yang memberi rezeki kepada semua hambaNya. Di bawah adalah sijil perniagaan kami untuk tatapan anda..

Sabtu, 22 Januari 2011

Homestay Tmn PD Utama, Port Dickson




Kami mempunyai sebuah homestay di Taman PD Utama iaitu:

    Homestay PD Miemsuia, Lot 2725 Lorong Anggerik 4, Taman PD Utama.

Gambar Homestay di 2725, Lorong Anggerik 4, Taman PD Utama







Spesifikasi:

1. Ruang tamu: sofa, tv+astro njoi.
2. Ada 3 bilik 2 bilik air. Bilik utama: katil queen+aircond, bilik kedua: double deckers dan bilik ketiga: katil single.
3. Ruang makan: meja makan 6 kerusi.
4. Dapur: dapur gas, peti air, rice cooker, peralatan memasak.
5. Sewa: RM160 sehari.
6. Untuk tempahan sila hubungi: Hj Suhaimi 013-9277414
7. Alamat: 2725, Lorong Anggerik 4, Taman PD Utama, 71050 Port Dickson.

Homestay ini terletak di sebelah kanan trafik light di antara Hotel Mayangsari dan Hotel Corus Paradise. Kami mempunyai 3 buah homestay di taman ini.


Tempat-tempat menarik sekitar homestay:

Kepada sesiapa yang tidak mempunyai rancangan tertentu bila ke Port Dickson, kami ingin berkongsi tempat-tempat menarik yang terdapat di Port Dickson dengan anda. Di bawah adalah di antara tempat-tempat menarik untuk dikunjungi oleh anda apabila bercuti di sini.

1. Muzium Tentera Darat.
2. PUSASDA iaitu singkatan kepada Pusat Latihan Asas Tentera Darat. Anda berkesempatan untuk menyaksikan perbarisan tamat latihan Perajurit Muda jika kena dengan tarikhnya.
3. Pasar Malam Batu 4. Ia diadakan setiap hari Sabtu malam Ahad di batu 4 PD. Tarikannya sangat kuat sehingga ada pengunjung yang datang dari Nilai, Bangi dan KL semata-mata untuk ke Pasar Malam ini.
4. Pantai Saujana. Ia juga di Batu 4, berhampiran dengan Petronas.
5. Gerai jualan sepanjang tahun. Gerai yang menjual pelbagai barangan yang berwarna-warni.



PERTUNJUKAN TATU ATM

8/12/2011: Assalamualaikum & selamat kembali bercuti!! Tentu masing-masing sibuk merancang untuk jalan-jalan sepanjang cuti sekolah ini... Yang berada di Pantai Timur merancang ke Pantai Barat, yang di Utara pula merancang ke selatan. Maklumlah, masing-masing mengambil peluang cuti sekolah ini untuk mengisi waktu bersama anak-anak.

      Untuk pengetahuan anda, satu pertunjukan tatu ATM akan dilangsungkan pada 16@17hb Dis 2011 bertempat di Padang Kawad PUSASDA, Port Dickson. Pertunjukan oleh kumpulan bermotor ATM ini adalah satu daya tarikan untuk semua orang. Sekiranya anda belum pernah menyaksikan pertunjukan ini, maka inilah peluangnya anda menyaksikan sendiri di hadapan mata kepala. Buat tatapan anda, di bawah ini dimuat naikkan beberapa keping pertunjukan tatu...




Begitulah serba sedikit berkenaan pertunjukan tatu yang anda berkesempatan menontonnya apabila anda datang ke P.Dickson. Jarak homestay kami HANYALAH  5 minit dari PUSASDA, tempat tatu ATM itu diadakan..... Oleh itu, jangan lepas peluang untuk menempah homestay kami!!

Perkembangan Terbaru!!


Alhamdulillah,

Syukur pada Allah SWT kerana memberi kelapangan & rezekiNya. Kini Homestay Pantai Balok telah mempunyai cawangan di Port Dickson, Negeri Sembilan. Ia termasuk sebuah rumah teres setingkat di Taman PD Utama yang berhampiran dengan Hotel Corus Paradise & Mayang Sari, kira-kira 700m sahaja dari pantai. Selain itu kami juga mempunyai 2 buah rumah di Taman Politeknik. So, bagi sesiapa yang mempunyai anak atau saudara mara yang belajar di Politeknik Port Dickson jangan lepas peluang untuk menalipon kami untuk membuat TEMPAHAN!!

Bagi mereka yang berkeluarga besar, kami menawarkan sebuah bungalow di Taman Dato dengan 4 bilik 3 bilik air. Selesa untuk 4 buah keluarga, ruang parking boleh memuatkan 4 buah kereta.

Nanti cerita lagi...bye.

Kami boleh dihubungi dengan no lama 013-9277414 atau no ini-014-8222696.

Selasa, 8 Jun 2010

CUTI PERSEKOLAHAN

Alhamdulillah....dapat lagi kita bertemu untuk perkongsian cerita seterusnya. Saya berada di kampung sekarang kerana masih bercuti. Beginilah kebiasaannya bagi rakyat Malaysia apabila tiba musim cuti persekolahan.

Bagi mereka yang tidak balik ke kampung halaman, sudah tentu mereka mempunyai perancangan tersendiri. Di kesempatan ini kami ingin mengucapkan SELAMAT BERCUTI dan TERIMA KASIH banyak-banyak kepada mereka yang memilih Homestay Pantai Balok sebagai destinasi percutian!!!! Kami berusaha menepati impian anda dengan menyediakan penginapan alternatif untuk anda.

Kepada adik-adik...... kami nasihatkan agar membawa buku ke mana-mana sahaja walaupun sedang bercuti!! Buku jangan dilupa. Lebih-lebih lagi kepada adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan besar pada tahun 2010 nie....

SEMOGA GEMBIRA SENTIASA!

Jumaat, 7 Mei 2010

Untuk Dihubungi Bagi Tempahan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Bulan Jun makin hampir. Di bulan inilah sekolah akan bercuti selama 2 minggu.
Bagi ibu bapa pula, sudah tentunya membuat perancangan untuk membawa anak-anak bercuti. Membawa anak-anak bercuti akan merapatkan hubungan kekeluargaan. Fikiran anak-anak juga akan lebih matang kerana kata orang "Jauh Perjalanan Luas Pandangan". Bagi anda yang merancang bercuti di Kuantan khasnya di Homestay Pantai Balok, tempahan boleh dibuat mulai sekarang melalui:

Hj Suhaimi - 0139277414 @ Pn Norhati - 0133507955
Email: miemsuia@gmail.com

Kami sentiasa berusaha memberi perkhidmatan terbaik untuk para pengunjung. Bagi merapatkan hubungan kekeluargaan anda, kami menyediakan karom untuk anda bermain bersama anak-anak. Kini kami sedang mencari bahan bacaan ringan dan santai untuk anda nikmati saat-saat indah percutian di homestay kami. Bagi mereka yang ingin mencari bahan bacaan sebagai bacaan santai semasa percutian, lawati STORMREADERS

Okeylah, jumpa anda lagi di lain masa. Bye!!

Sabtu, 1 Mei 2010

Aktiviti Untuk Anda Di Port Dickson

Sekiranya anda belum pernah menikmati saat-saat indah di Port Dickson, Negeri Sembilan, kami mempunyai cadangan untuk anda. Anda boleh menikmati saat-saat percutian yang indah dengan bermain sukan air di Pusat Rekreasi Teluk Kemang atau Pantai Bagan Pinang. Sama ada anda ingin merakamkan kenangan indah tersebut bersama keluarga, rakan atau teman sepejabat, segalanya pasti hebat!!



Ini adalah cadangan kami untuk anda. Aturcara percutian anda:
Hari Pertama (Jumaat)

12.00 tgh - Pendaftaran masuk homestay kami di Taman PD Utama.
4.00 ptg - Minum petang/Solat Asar.
5.00 ptg - Mandi pantai.
7.00 mlm - Solat Maghrib.
8.00 mlm - Menikmati ikan bakar di Restoran De Embok, Bagan Pinang.(5 mnt dari homestay kami)
11.00 mlm - Bersiar-siar di tepi Water Front PD.

Hari Kedua (Sabtu)

6.00 pg - Solat Subuh.
6.45 pg - Joging di Taman berdekatan Klinik Kesihatan Bandar Port Dickson.(10 mnt dr homestay kami).
8.00 pg - Sarapan.
10.00 pg - Shopping di Pusat Bandar Port Dickson.
1.00 tgh - Solat Zohor di Masjid Daerah Port Dickson terletak di atas bukit menghadap kebiruan laut.
3.00 ptg - Berehat di homestay kami.
5.00 ptg - Solat Asar/Minum Petang dan bermain layang-layang di Pantai Teluk Kemang atau Pantai Bagan Pinang.
7.00 mlm - Berjalan di Pasar Malam Batu 4, bersebelahan Stesen Minyak Petronas.
10.00 mlm - Kembali ke homestay dan menonton tv.

Hari Ketiga (Ahad)

6.00 pg - Solat Subuh
7.30 pg - Sarapan pagi.
8.30 pg - Mandi Pantai.
10.00 pg - Menonton/ Bersiap untuk balik.
12.00 tgh - Daftar keluar.



** Cadangan kami untuk pilihan anda sekeluarga......Selamat menikmati percutian dengan kenangan terindah!!!!.. Kemasukan hari Jumaat hingga Ahad ke Homestay Miemsuia dengan pelbagai pengalaman menarik yang keluarga anda bakal rasai hanyalah RM320.00. Whatsapp: 013-9277414

HOMESTAY TEMERLOH PAHANG

Chalet Gandah Forest Park

Chalet Gandah Forest Park Chalet Gandah Forest Park 
“Adventure Experience”
 
 1. Sewa Chalet: RM100 sebuah untuk 1 malam.
 2. P...