Ahad, 18 April 2010

Peti Ais Untuk Pelanggan




Salam semua...
Semalam saya balik ke Homestay Pantai Balok dengan satu tujuan....HANTAR PETI AIS. Sebelum nie memang belum ada peti ais di homestay tu. Setelah survey dan permintaan daripada pelanggan-pelanggan yang terdahulu, maka saya pun pergilah menghantarnya ke sana... Inilah wajah peti ais yang dihantar.

Perjalanan saya ke sana bermula pada jam 9 pg semalam (17 Apr 2010) menggunakan kereta Kembara. Kerusi belakang direbahkan untuk memuatkan peti ais tersebut dan bergeraklah saya seorang diri melalui Seremban-Kuala Pilah-Triang-Temerloh-Kuantan. Oleh sebab takut kepenatan, saya pun singgah di Temerloh mengajak adik ke sana.

Sampai ke Homestay Pantai Balok hari dah pukul 3.00 petang. Selepas berehat, mandi dan solat, kami pergi menemui seorang rakan yang juga mempunyai homestay di situ....Fendi namanya!! Minum petang bersama Fendi sambil bercerita pengalaman dan pandangan masing-masing memang sesuatu yang menyeronokkan!! Jumpa lagi Fendi....

Di sebelah malamnya pula kami berdua menikmati makanan di Restoran Sri Jembal yang terletak hanya 200m dari rumah. Restoran ini hanyalah salah sebuah di antara puluhan restoran yang ada di kiri kanan jalan di Pantai Balok... So, kepada pengunjung janganlah bimbang tentang makanan walaupun anda tidak bercadang untuk memasak di homestay!!

Kami bertolak balik dari Kuantan seawal jam 7.15 pagi, singgah di Restoran Zaman di batu 9 Jalan Gambang....dekat Kem TUDM. Singgah di Temerloh menurunkan adik dan saya meneruskan perjalanan balik ke PD berseorangan.. Alhamdulillah, selamat sampai di PD pada jam 12.45 tgh. Begitulah komitmen untuk kepuasan pelanggan dengan menyediakan penginapan alternatif untuk semua...HOMESTAY PANTAI BALOK.

SUHAIMI - 0139277414 @ email: miemsuia06@yahoo.com.my
www.miemsuia.com

Ahad, 11 April 2010

Fungsi-fungsi homestay


Dalam catatan terdahulu saya telah mengatakan bahawa tujuan homestay diperkenalkan adalah untuk 2 tujuan iaitu:-


  1. Sebagai satu daya tarikan pelancong.

  2. Sebagai pertukaran nilai budaya.

Namun kini homestay mempunyai fungsi yang lebih daripada itu. Homestay kini semakin menjadi pilihan masyarakat Malaysia sebagai penginapan alternatif selepas hotel dan resort. Homestay berfungsi sebagai tempat perhimpunan keluarga besar sambil menikmati percutian indah!! Bagi mereka memilih homestay jauh lebih 'privacy' jika dibandingkan dengan menginap di hotel. Di hotel mereka dipisahkan di antara bilik-bilik dan terpaksa berkongsi 'privacy' mereka dengan orang lain. Manakala di homestay 'privacy' keluarga mereka tidak diganggu langsung kerana hanya mereka sekeluarga yang menginap di situ.

Homestay juga berfungsi sebagai penginapan sementara untuk pekerja yang mempunyai tugas luar. Sebagai contoh, sekumpulan pekerja kimpalan dari Kuala Lumpur mempunyai tugas kimpalan di Kawasan Petroleum, Port Dickson selama seminggu. Bagi mereka, kos untuk duduk menginap di hotel selama seminggu adalah terlalu membebankan. Lebih-lebih lagi dengan peralatan kimpalan dan pakaian yg comot langsung tidak selesa untuk memilih hotel sebagai penginapan sementara. Oleh itu, Homestay di Pantai Port Dickson yang berhampiran dengan PUSASDA adalah pilihan alternatif terbaik.

Selain itu, homestay berfungsi sebagai tempat persinggahan dan persiapan pengantin. Maksudnya begini, pengantin lelaki dari negeri Kedah ingin ke rumah pengantin di Port Dickson. Sudah tentu mereka memerlukan homestay sebagai persinggahan sementara sebelum ke rumah pengantin perempuan. Mereka memerlukan tempat untuk bersiap dan bersolek. Mereka perlukan sebuah tempat untuk melepaskan penat setelah berjalan jauh. Nah!! sekali lagi homestay adalah pilihan terbaik untuk mereka.

Itulah di antara fungsi-fungsi homestay. See you at Homestay Miemsuia penginapan alternatif untuk anda!! Hubungi 013-9277414 dengan harga RM160 semalaman.

Sabtu, 10 April 2010

Salam perkenalan semua!!!



Assalamua'laikum dan salam sejahtera semua....


Semoga anda semua sihat sentiasa sambil melaksanakan tugasan harian. Tugas-tugas harian tak mungkin dapat kita laksanakan tanpa kesihatan tubuh badan. Tubuh badan pula memerlukan rehat yang secukupnya. Di antara cara merehatkan tubuh badan adalah dengan menikmati suasana tenang dan keindahan ciptaan Ilahi.




Di dalam blog ini saya akan berkongsi serba sedikit cerita tentang homestay, satu penginapan alternatif untuk kita semua!! Homestay diperkenalkan dengan dua objektif iaitu:


  1. Sebagai satu daya tarikan pelancongan.

  2. Sebagai satu cara pertukaran nilai budaya.

Setelah ia diperkenalkan dan melalui beberapa waktu, homestay kini semakin mendapat tempat di hati mereka yang menghargai percutian......yealah, dengan percutian tersebut mereka dapat menikmati suasana tenang dan keindahan ciptaan Ilahi yang dapat menyegarkan kembali tubuh badan setelah penat bekerja.

Apa-apa pun, SALAM PERKENALAN SEMUA!!

HOMESTAY TEMERLOH PAHANG

Chalet Gandah Forest Park

Chalet Gandah Forest Park Chalet Gandah Forest Park 
“Adventure Experience”
 
 1. Sewa Chalet: RM100 sebuah untuk 1 malam.
 2. P...